SOALAN LAZIM
Soalan Lazim Pinjaman Rumah Malaysia
Jawapan jelas kepada soalan paling kerap ditanya tentang pinjaman rumah di Malaysia — DSR, deposit, CCRIS, tempoh kelulusan, dan lebih lagi.
Semak Kelayakan Percuma →DSR & Kelayakan
Berapa DSR maksimum untuk lulus pinjaman rumah?
Kebanyakan bank hadkan DSR (Debt Service Ratio) di bawah 70% pendapatan bersih. DSR di bawah 60% memberikan peluang kelulusan yang lebih tinggi. Sesetengah bank premium mungkin hadkan pada 65%. Gunakan Screener percuma kami untuk kira DSR anda sekarang.
Bagaimana cara kira DSR saya?
DSR = (Jumlah ansuran bulanan semua pinjaman ÷ Pendapatan bersih) × 100%. Contoh: Jika ansuran bulanan RM 2,000 dan gaji bersih RM 4,000 — DSR anda adalah 50%. Angsuran pinjaman rumah baharu juga dikira dalam jumlah ini.
Berapa pendapatan minimum untuk mohon pinjaman rumah RM 400,000?
Bergantung kepada kadar faedah dan tempoh pinjaman. Untuk pinjaman RM 400,000 pada 4.5% selama 35 tahun, ansuran bulanan kira-kira RM 1,900. Jika DSR maksimum 70%, anda perlukan pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM 2,714. Gaji kasar biasanya lebih tinggi.
Adakah pendapatan freelance atau part-time dikira?
Ya, tetapi syaratnya lebih ketat. Bank biasanya minta penyata bank 6–12 bulan untuk buktikan pendapatan konsisten. Sesetengah bank ada produk khusus untuk pekerja sendiri dan freelancer.
Deposit & Kos
Berapa deposit minimum untuk beli rumah?
Minimum 10% daripada harga S&P. Contoh: rumah RM 500,000 = deposit RM 50,000. Bank boleh pinjam sehingga 90% (margin of finance). Untuk rumah ketiga ke atas, margin turun kepada 70%.
Apakah kos-kos lain selain deposit yang perlu saya sediakan?
Selain deposit 10%, sediakan untuk: (1) Duti setem S&P (0.5%–3%), (2) Duti setem pinjaman (0.5%), (3) Yuran guaman RM 5,000–15,000, (4) Yuran penilaian RM 500–2,000, (5) Insurans MRTA/MLTA. Jumlah semua kos sampingan biasanya 3%–5% daripada harga rumah.
Boleh saya guna KWSP untuk bayar deposit rumah?
Ya. Pengeluaran KWSP Akaun 2 (kini Akaun Fleksibel) boleh digunakan untuk deposit, bayaran ansuran, atau bayar balik pinjaman perumahan. Semak syarat terkini di kwsp.gov.my.
CCRIS & Rekod Kredit
Apakah CCRIS dan bagaimana ia mempengaruhi kelulusan?
CCRIS (Central Credit Reference Information System) ialah rekod pinjaman anda di Bank Negara Malaysia. Bank semak CCRIS untuk lihat rekod pembayaran anda. Tunggakan 1 bulan (kod "1") boleh turunkan peluang kelulusan secara drastik.
Berapa lama rekod buruk kekal dalam CCRIS?
Rekod pembayaran kekal selama 12 bulan. Setelah semua pinjaman diselesaikan dan tiada tunggakan baru selama 12 bulan berturut-turut, rekod buruk akan hilang dari CCRIS secara automatik.
Boleh mohon pinjaman rumah walaupun ada tunggakan kecil?
Bergantung kepada bank dan jumlah tunggakan. Tunggakan kecil (1–2 bulan, 1–2 tahun lalu) mungkin masih boleh lulus di sesetengah bank. Threenity boleh bantu cari bank yang sesuai untuk profil kredit anda.
Proses & Tempoh
Berapa lama proses kelulusan pinjaman rumah?
Biasanya 14–30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh bank. Masa ini boleh lebih lama jika dokumen tidak lengkap atau penilaian hartanah mengambil masa. Mohon kepada 3–5 bank serentak untuk tingkatkan peluang.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman rumah?
Dokumen asas: (1) IC (depan & belakang), (2) Penyata gaji 3 bulan terkini, (3) Penyata KWSP 6 bulan, (4) Penyata bank 3–6 bulan, (5) EA form / Borang BE terkini, (6) Surat tawaran kerja (jika baru bekerja), (7) S&P Agreement atau Booking Receipt.
Boleh saya mohon pinjaman sebelum tandatangan S&P?
Ya — malah disyorkan. Dapatkan Letter of Offer (LO) dahulu supaya anda tahu berapa yang bank setuju pinjamkan. Ini mengelakkan situasi tanda S&P tapi pinjaman ditolak.
Pinjaman & Kadar
Boleh mohon pinjaman walaupun ada pinjaman kereta?
Boleh — tetapi pinjaman kereta dikira dalam DSR. Jika ansuran kereta RM 800 sebulan dan DSR maksimum 70%, jumlah ansuran semua pinjaman (termasuk rumah) mesti kekal di bawah had. Kurangkan atau selesaikan pinjaman kereta terlebih dahulu jika DSR terlalu tinggi.
Pinjaman Islam atau konvensional — yang mana lebih baik?
Bergantung kepada keperluan anda. Pinjaman Islam menggunakan konsep Musharakah Mutanaqisah — kadar biasanya setanding. Kelebihan Islam: bayaran tetap (flat) lebih mudah dirancang, ada perlindungan jika harga hartanah jatuh. Konvensional: lebih fleksibel dalam penyelesaian awal. Threenity boleh bandingkan kedua-duanya untuk anda.
Apakah perbezaan kadar tetap dan kadar terapung?
Kadar tetap (fixed rate): ansuran sama setiap bulan, tidak terjejas oleh perubahan OPR. Kadar terapung (floating/BLR-based): ansuran berubah mengikut OPR Bank Negara. OPR semasa 3.00% — jika OPR naik, ansuran naik.
Pembeli Pertama
Apakah faedah pembeli rumah pertama di Malaysia?
Pembeli rumah pertama layak: (1) Pengecualian duti setem 100% (rumah sehingga RM 500,000, sehingga 31 Dis 2025), (2) Skim Rumah Pertamaku — pinjaman 100% tanpa deposit, (3) PR1MA — harga subsidi untuk pendapatan isi rumah RM 2,500–RM 15,000.
Apa itu Skim Rumah Pertamaku dan siapa yang layak?
Skim Rumah Pertamaku membolehkan pembeli pertama pinjam 100% (tanpa deposit). Syarat: warganegara Malaysia, berumur 18–35 tahun, pendapatan isi rumah RM 5,000–RM 10,000, belum pernah memiliki rumah.
Masih Ada Soalan?
Semak kelayakan anda secara percuma dalam 3 minit — atau hubungi kami terus untuk perundingan percuma.